Followers

April 25, 2011

Saksikan JUVANA di tv3 ..

Hey blogger..salam... saksikan JUVANA di TV3 pukul 9 malam nanti..AH nak tgk la..mcm best je..walaupon mcm kes buli2 ney AH x suke..maklum lah..PRS.. "pebimbing rakan sebaya"..suke bagi nasihat kat orang yang bermasalah ney..actually x pernah nasihat org..sebaliknya AH yang kene buli =.= HAHAHA


Sinopsis Drama Juvana TV3


JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.
Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.
Itu adalah serba sedikit mengenai drama Juvana yan bakal ditayangkan di TV3 25 April ini, jangan lupa menontonnya jam 9 malam. Sudah pasti drama ini mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.
Barisan Pelakon : Bront Plarae , Izreen Azminda , Zahiril Adzim , Irfan Roslan , Beto Khusyairy

No comments: